Persatuan Dunia Seni Silat Melayu M'sia mahu UNESCO wartakan seni silat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara

Dublin Core

Title

Persatuan Dunia Seni Silat Melayu M'sia mahu UNESCO wartakan seni silat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara

Subject

Silat-Warisan Budaya

Description

Pewartaan seni silat sebagai salah satu warisan budaya oleh UNESCO

Creator

MediaCorp

Source

Persatuan Dunia Seni Silat Melayu M’sia mahu UNESCO wartakan seni silat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara. (n.d.). BERITA Mediacorp. https://berita.mediacorp.sg/dunia/persatuan-dunia-seni-silat-melayu-m-sia-mahu-unesco-wartakan-257776

Publisher

MediaCorp

Date

2018

Text Item Type Metadata

Text

KOTA TINGGI: Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) mahu UNESCO menjadikan seni silat diwartakan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara.

Setiausaha Kehormat DSSM Maimoon Hussein berkata pihaknya menghantar permohonan kepada UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) bagi memastikan seni budaya berkenaan terus dipelihara dan berkembang.

DSSM juga tidak mahu seni silat menjadi milik sesebuah negara, tetapi keseluruhan kepulauan Melayu.

“Baru-baru ini DSSM dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menghantar pencalonan kepada UNESCO sebagai langkah memberi pengiktirafan dan mengangkat martabat seni budaya silat di seluruh dunia.

“Kita tidak mahu silat ini dikategorikan sebagai milik sesebuah negara kerana ia akan menjadi tidak adil kepada penggerak seni-seni silat yang lain kerana silat itu sendiri dikembangkan di kepulauan Tanah Melayu,” kata beliau.