اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
&
Salam Hari yang Indah buat Semua
Projek Pembangunan Pengkalan Data Bibliografik Persilatan Melayu ini merupakan projek khas saya dalam melengkapi perjalanan program latihan industri saya di Perpustakaan Universiti Malaya khusunya Perpustakaan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Sasaran: Pelajar Akademi Pengajian Melayu dan mana-mana disiplin yang berkaitan
Objektif:
- Menyediakan anotasi sumber bibliografi dalam bidang subjek Persilatan Melayu
- Memperkayakan sumber dalam bidang subjek Persilatan Melayu
- Menawarkan sumber rujukan maya bagi bahan dalam bidang subjek Persilatan Melayu
❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃❃
Penghargaan
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada pegawai saya, Encik Haslan Tamjehi kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya dalam pada masa yang sama meyakinkan diri saya untuk meneroka sistem yang bukan dalam zon selesa serta baru buat saya.
Saya turut ingin berterima kasih kepada penyelia institusi saya dari UiTM Puncak Perdana, Profesor Madya Dr. Saidatul Akmar Ismail yang juga menjadi sebahagian dalam melancarkan kerja-kerja pembangunan projek khas ini.
Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa serta keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan projek khas ini.
Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan seperjuangan saya Nurin Jaslina dan staf di Perpustakaan Pengajian Melayu, Encik Jasny dan Encik Anuar yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara dalam menghabiskan projek ini.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan projek khas ini. Terima kasih tidak terhingga. dari lubuk hati yang paling dalam saya amat menghargainya.
ٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ
Nurul Najwa Shahimi, 2023
