Lambang ini telah dicipta pada tahun 1976 oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad dan telah digunakan secara rasmi sehingga kini. Setiap komponen/elemen lambang tersebut membawa maksud-maksudnya yang tersendiri:-
Parang Lading merupakan senjata rasmi Silat Cekak. Ia dipercayai menjadi senjata penting khasnya kepada Panglima Kanan Kedah pada zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II (1854-1879) untuk mempertahankan diri daripada pelbagai jenis serangan senjata…