Dublin Core
Title
Lambang Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia
Subject
Seni Silat Gayong
Description
PENGERTIAN LAMBANG & BENDERA GAYONG
Naga: Melambangkan kekuatan di laut mahupun di darat. Ilmu Silat Seni Gayong ini sesuai dalam apa juga situasi.
Harimau: Sikap pesilat yang bertenaga, bersikap garang tetapi penyayang, sikap berani dan berhemah seperti kata pepatah 'Harimau menyembunyikan kuku'.
Bulan dan Bintang: Ajaran agama Islam sebagai asas pegangan Silat Seni Gayong.
Dua keris bersilang: Semangat kependekaran Hang Tuah dan Hang Jebat yang perlu dimiliki oleh setiap murid Gayong.
Pedang Zulfaqar: Pedang Saidina Ali a.s. yang melambangkan keberanian dan kepahlawanan panglima Islam yang telah menegakkan syiar Islam.
Kendi / Bejana air: Segala ilmu dan teknik beladiri tradisional orang Melayu yang perlu ditimba oleh setiap lapisan masyarakat terkumpul di dalam Silat Seni Gayong.
Bumi: Misi mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh dunia.
Bengkung Harimau Pelangi Hitam Cula Sakti 7: Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu tertinggi.
Warna Putih: Bersih dan suci dari segala bentuk syirik, bidaah dan khurafat.
Warna Hijau: Mempertahankan Islam sebagai agama Ad-din.
Warna Merah: Berani berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Warna Kuning: Kedaulatan institusi Raja-raja Melayu.
Warna Hitam: Persamaan semua ahli Gayong tanpa mengira darjat dan pangkat.

Creator
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Source
Laman Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Lambang. (n.d.). Laman Rasmi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia - Lambang. https://www.gayong.com.my/index.php/lambang
Publisher
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Format
Gambar